Ahad, 25 Ogos 2013

KEDATANGAN YANG DI NANTI

Assalamaualaikum.......
 Alhamdulillah dengan izin TRSA mengizinkan kedatangan seorang syeikh yang banyak berjasa kepada ku dan saudara saudara ku..hubungan luar biasa lahir tanpa di duga. Diatur oleh TRSA. Malu takut semua bercampur rojak melahirkan satu perasaan yang tak boleh nak di gambarkan dengan kata kata.  Luar biasa perasaan ini.

Kedatangan syeikh ini melahirkan satu lagi perasaan yang lebih menakutkan merasakan yang akan ada lebih besar akan tiba di kantin Al hasyimi ini... Sejak bertukar nama macam macam perkara dahsyat berlaku. Hehehe menumpang berkat AL HASYIMI. Doakan yang syeikh tersebut dapat buka pusat rawatanya di kantin Al hasyimi yang bertambah mengalirlah berkat abuya di kawasan ini.... Takut takut.. Ibu M gembira lah sebab dengan ada nya pusat rawatan tu harapanya boleh lah dia menyelamtkan adiknya.

Satu lagi yang aku nak kongsi kan apa yang aku rasa.. Mungkin tak pernah aku luahkan.banyak benda yang tak dapat nak di gambarkan dengan kata kata takut jadi fitnah.bukan semua orang faham. Sebelum ini benda yang terjadi di kanti Alhasyimi ini banyak yang aku di beri rasa hati tentangnya. Namum bagi aku ianya mungkin datang dari perasaan mazmumah diri ku.namun ianya terbukti kini.

Tapi masik ku senyapkan juga untuk apa aku lahirkan rasa yang selama ini rasa hati ku ini betul.ianya akan menyuburkan lagi mazmumah diri ku.lebih baik aku diam kan diri.. Aku bukan seorang yang suka berbicara lebih lebih lagi tentang keburukkan seseorang.kadang kadang kesian juga aku lihat ibu m bercakap  aku buat tak tahu. Aku tak boleh dan tak suka. Ia perkara buruk yang di ceritak kan itu dah jadi mengumpat kalau tak benar jadi fitnah kedua duanya dosa. Dosa dosa. Baik simpan dalam hati dan jadikan iktibar agar kita pun tak terjebak.

Banyak aku lihat kata kata buruk pada orang yang makan diri sendiri..kekadang aku lah jadi perkara buruk itu.. Ampun maaf ibu M anakda jadi penyebab.. Sebenarnya anaknda di hantar untuk ibunda sedar.namum anaknda tak mampu nak berkata kata takut ibunda terluka.anaknda juga terluka bila lihat ibunda sedih atau terluka dengan kesilapan anaknda. Namum ini lah sebab kedatangan anaknda untuk menyedarkan dan membawa ibunda ketempat yang sepatutnya.....masih banyak yang ibunda belum faham tentang anaknda dan orang orang abuya.(lebih lebih lagi orang yang terselindung)
Terimakasih juga ibunda banyak berkat abuya mengalir melalui ibunda sehingga anaknda jadi seperti sekarang...

Eh dah melalut hingga terlupa apa nak cerita takdi...aku rasa yang adik ibu M tu nanti akan ada peranan dalam membantu jemaah abuya..tapi kalau lihat sekarang tak tau lah....

Akhir kata tolong lah doakan kedatangan syeikh tersebut. Agar di kantin alhasyimi ini mengalir deras keberkatan abuya dan orang orangnya.... Amin....

Selasa, 20 Ogos 2013

Peulangnya tetamu meniggalkan cerita

Kedatangan tetamu baru baru ini meninggalkan bebarapa pesoalan yang membeku di kepala. Juga dapat di kongsikan kepada umum tentang perkara yang berlaku mungkin ada sesuatu yang boleh di kupas bersama. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan cerita ini... Mengangap cerita ini karut dan sebagainya...terpulanglah kepada tuan hamba menilai cerita ini.namun bagi yang biasa ini adalah cerita biasa bagi mereka. Dengan kehadiran tetamu ini juga baru yang hamba tahu yang selama ini hamba kerap bertemu dan berbual dengan salah seorang anak murid tok kenali. Selama ini hamba cuma rasa kelainan pada pak ndak tersebut,cuma tidak dapat di pasti kan apa yang membuatkan pakndak tersebut unik..

Kembali pada cerita tetamu ini tadi. Dia banyak bercerit kepada ibu m.. Hamba hanya seorang pendengar.. Cerita beliau kembali bertaubat atas kesilapan lalu. Kenapa sekarang dia tidak menanggal kan kopiah yang berada diatas kepala. Agar jadi benteng dia tidak berbuat jahat lagi.
Bagaimana dia bertaubat????
Begini ceritanya..

Suatu hari ketika beliau sedang memandu kereta tiba tiba dia merasakan yang beliau telah tersesat di suatu tempat yang tidak di ketahui lokasinya...sedang dia mencari jalan keluar datang seekor naga kaca menempuh cermin kereta beliau sehingga pecah masuk kedalam kereta keluar semula. Kemudian beliau melihat iblis yang sebesar gunung... Begitulah  ceritanya sehingga beliau bertaubat...(dia tak cerita ending kesesatan dia).

Malam sebelum beliau pulang ibu m bermimpi tentang tetamu tersebut..dalam mimpinya tetamu itu datang bersama adiknya.namum kedudukan tetamu itu lebih tinggi berbanding adiknya dan adiknya kelihatan seperti bayang banyang dan duduk agak jauh darinya... Ibu m ada membuat ulasan berkenaan mimpinya namun seperti biasa aku agak tidak bersetuju dengan ulasan beliau yang hamba rasa kurang tepat dari sudut maknanya.

Di kesempatan ruang curi curi masa ini tak dapat hamba nak memanjang kan cerita.ampun maaf bagi siapa yang terlibat dalam cerita ini secara langsung dan tidak langsung jika ada kesalahan dan menyinggung perasaan. Tidak dilupa pada TRSA hamba yang lemah ini selalu membuat doa maka taubatkan lah hamba dengan sepunuh hati dengan menumpang berkat.........

Sabtu, 17 Ogos 2013

TETAMU

Assalamualaikum......

          Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Setelah penat seharian bekerja aku di khabar kan dengan berita yang agak mencemaskan diri ku. Sebenarnya aku sudah mengagak akan perkhabaran ini.chey wah dramatik bunyinya bukan.sebenarnya ibu m ajak aku pergi beli  barang je.hehehehe tapi maklum lah orang penat so macam macam lah yang bermain di fikiran.tempat nak pergi beli barang pulak 30 km jarak nya.namun atas beberapa sebab aku ikutkan lah...

Tapi sepanjang perjalan itu mood aku kurang baik atas alasan apa aku sendiri pun tidak tahu.setelah selesai membeli barang aku terus pulang ke kawasan kantin yang kini aku gelari kawasan tersebut dengan kantin AL Hasyimi (baru terdetik nak bagi nama ketika sedang menaip).Hehehe jangan marah ye. Ada alasan mungkin kenapa aku gelarkan kawasan ini dengan kawasan Al Hasyimi.ehem sambung balik Story tadi. 

Sebenarnya antara barang yang aku tidak berapa suka beli ialah air mineral. Tak suka tak suka.Alasan nye dalam kotak berat dan banyak malas nak angkat dan lainlain lagi.Benci Benci tapi itu lah yang selalu orang suruh aku beli.hairan betul aku.

Sampai je dekat kantin aku yang konon konon nya kepanatan ini terus meluru masuk ke kantin untuk tidur.Dari jauh lagi aku telah lihat kelibat seorang yang berkopiah tinggi. Tapi  aku tidak perdulikan kehadiran tetamu ini. Itu bukan kebiasaan aku pelik dan juga hairan aku di buatnya.biasanya aku akan melayan tetam yang sampai.tapi tidak kali ini.mungkin aku terlalu penat (kononnya). tapi sesuatu yang aku perasan tentang tetamu tersebut dia seorang yang berlilmu kata hati ku. kuat ilmunya.itu je yang boleh aku katakan jarang aku jumpa orang dan ada rasa hati yang begini..hairan juga di buatnya.. ingin aku ceritakan pada ibu m tapi malasnya nak bangun.....

Dalam pembaringan aku berselawat dan beristirfar banyak banyak..namum tindakn ini menghairan kan aku.(apa la dengan diri sendiri pun tak faham). Bangun je pagi aku dapat jawapan...ibu m menceritakan yang tetamu itu kawan ayah de(bapa saudara mertua). Ibu m menyatakan rasa hairan beliau tentang lelaki tersebut. Dari gaya di ceritakan orang tersebut memang belajar...
 
Sempat berbual dengan orang tersebut pagi ini.dia belajar  di pondok pasir putih kelantan.. Orang pondok. Kalian semua mungkin boleh agak orangnya bagaimana.sambil berbual dengan dia aku lihat cuba membaca aku(mungkin aku cuma perasan)... Tapi Abuyakan ada.. Terima kasih wahai abuya baiknya Allah memberikan ku seorang muryid ( maaf ubah lirik )...

Khamis, 15 Ogos 2013

RAYA YANG UNIK



Moga tulisan ini di pandu oleh TRSA.....mzb andai sebelum dan selepas berkata kata...

Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya kekadang banyak yang kita terlepas pandang perubahan di sekitar kita.maklumlah di masa itu lah kita sibuk menyambut dan meraikan sanak saudara yang hadir. Namum perasan atau tidak benar atau tidak pada tahun in sanak saudara yang hadir lebih ramai dan ikatan kasih sayang bertambah erat.

Dari yang bergaduh sudah mula berkasih sayang yang jauh sudah mula di dekatkan..semuanya berlaku dengan mudah..sangat mudah memaafkan.melupakan kesilapan yang telah lepas yang sebelum ini bertahun tanhun tidak dapat di maafkan...

Apak makna semua ini...adakah tanda peristiwa besar yang selam ini di tunggu hampir terjadi.....

MANA MILIK KITA



Assalamualaikum...
          
          Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terima kasih buat RSA yang sangat sangat berjasa dalam setiap hembusan nafas. Minta dengan setiap degupan jantung di pandu mereka. Setiap titik kata di susun mereka. Gerakan tangan kita di gerakkan oleh mereka setia langkah di gerakkan oleh mereka.

Kita lemah lagi tak berdaya mengawal nafsu perlu berperang sedangkan ia berada dalam diri dan pula masakan boleh menang jika tidak ada campur tangan dan bantuan bantuan yang di berikan kepada kita. Jika di tanya siapa kita siapa yang boleh memberi jawapan yang setepatnya. Adakah kita sendiri? Mana bisa mungkin kita sendiri tidak mengenal diri kita.

Untuk mengakat diri kita ya itu bisa kerna sifat sombong bongkak bangga diri rasa diri hebat, itu yang ada dalam diri yang di tutupi oleh nasfu semata. Kita buta dan engak bisa ngelihat diri sendiri. Mursyid saja yang bisa menjawab semuanya kerna dengan cahaya nur muhammad ia bisa menembusi kegelapan hati untuk di cahayakan.cahaya atau nur itu yang membersihkan hati kita. Bukan kerna kita tapi berkat mursyid yang dirinya salinan nabi kita. Mereka saja yang bisa mengenal dan memenjarakan nafsu seterusnya mengislamkan nafsu kita.

Pengalaman aku sendiri terlibat dalam XPDC ROH melihat dan merasai sendiri didikan rohani atau nur muhammad ini. Sebagai penjelasan ketika merasakan sesuatu itu kita punya kita ditegur dan di maklum kan bahawa yang kita rasa itu milik abuya. Bagaimana rasanya yang selama ini kita usahakan namun ianya bukan milik kita dan ianya milik guru kita. Di situ mujahaddah kita untuk menghancurkan nafsu yang kita rasa memiliki. Satu lagi pencahayaan bila kita di kehendaki membelikan sesuatu bukan untuk diri sendiri bagaimana sedangkan kita sendiri tidak memilikinya. Kerana duit yang kita usahakan selama ini milik guru kita bukan milik kita. Jadi apakah kita patut ras berat untuk mengeluarkanya. Tidak malukah kita jika kita terasa sayang sedangkan kita hanya di amanahkan atau ianya hanya melalui kita untuk di gunakan sebaiknya. Itu mujahadahnya...(diri yang menulisnya sendiri masih tidak mampu)

Sebenarnya mursyid ini orang yang Tuhan wakil kan untuk mendidik dan memahamkan sistem tuhan. Kerana kita terlalu jauh dengan Nabi kita untuk kita jadikan contoh. Jadi orang yang dididik oleh nabi ini mendidik kita untuk kenal kita kenal Tuhan dengan sebenar benar kenal. Agar lahir rasa takut dan rasa kehambaan yang bahawa tidak ada satu pun milik kita...

15/8/2013
2:12 PG

Rabu, 14 Ogos 2013

AM


Assalamualaikum......
 
 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Terima kasih TRSA kerana mengizinkan aku mengembara mengenal diri seorang diri, hairan juga pelik dengan diri yang serba lemah lagi tidak punya apa apa apabila sejak akhir akhir ini di biarkan sendiri kembara kemana mana. Biasanya kemana mana akan di temani dan tidak di izin kan bersendirian. Kekadang risau serta seram juga dibuatnya bila kita merasai kehadiran sesuatu yang tidak kelihatan dek mata kasar. Alhamdulillah buat masa ini belum di rezekikan untuk melihat sesuatu yang halus. Hebatnya mursyid mengetahui kemampuan anaknya..

 Aku ingin mengongsikan sedikit apa yang bermain di fikiran ku ketika dalam perjalanan. Andai ianya suatu kesalahan ampun maaf ku pohon kepada TRSA kerna kelemahan ku mengawal nafsu ku yang menguasai fikir andai ianya boleh di guna pakai AAAP.

Hairan dengan apa apa yang berlaku sejak akhir akhir ini. Maksud ku ialah keadaan semasa yang riuh rendah di perkatakan didada akhbar. Turut membimbangkan YAB "prime minister". Tetapi bagi orang bersama sama dengan PBT dan di bekalkan dengan pakej lengkap AM mereke sudah bersedia dengan peristiwa yang bakal berlaku di akhir zaman ini. Benar lah AM ini wirid yang agung dan juga wirid yang memamg di datangkan khas buat ummat di akhir zaman.

Dari penyakit berjangkit hingga lah ke situasi yang membimbangkan sejak akhir akhir ini. Jika dilihat peristiwa yang berlaku sekarang berada di tahap atau di nombor ke tiga dalam wirid.maksudnya ialah ayat  yang sesuai masa ini adalah ayat yang ke tiga. Dan masih ada enam peristiwa yang kan berlaku bersesuaian dengan wirid AM  dan BERLAKU LAH SESUATU YANG KITA TUNGGU TUNGGU.

Apakah peristiwa yang bakal berlaku selepas ini??? Yang mungkin kita sedar atau tidak sedar. Apakah yang berkau sebelum ini apakah kita sedar atau tidak sedar??? Marilah kita bersama masa nanti dan amalkan dengan sepenuh hati. Yang pasti semua nya berlaku dengan amat pantas. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian fadhilat AM. Namun yang terbesar dan yang penting sebenarnya wirid ini penghubung kita Dengan mursyid kita yang amat kita sayangi PBT penyelamat akhir zaman.

MIMPI



Dah lame tak bermimpi akhirnya dah dua hari aku bermimpi tapi ke dua duanya agk mengerikan. Mimpi yang pertama ialah tentang arwah suami ibu m... Aku ikut satu rombongan menaiki bas. Sampai di satu kawasan kami berhenti solat.kebetulan ibu m yang tunjukkan tempat tersebut, tempat itu ialah tempat di mana arwah suaminya  sering berhenti solat.tapi kelihatan seperti rumah yang agak usang.cik alus dan ibu m solat terlebih dahulu didalam sebuah bilik kemudian setelah selesai aku ketika aku masuk kedalam bilik hendak solat ada seorang yang tidak di kenali datang memberi tahu yang roh arwah suami ibu m ini tidak hidup. Dan ada pelbagai perkara lagi dalam mimpi tersebut....(tak berapa ingat sebenarnya)

Mimpi yang ke dua aku cerita secar ringkas mudah nak taip kerana sekarng nie pukul 4 pagi.maklum lah waktu waktu sejuk macam ni nak menaip panjang panjang.... Dari bermimpi tempayan yang ada emas sampai lah mimpi dalam mimpi tentang pasangan yang lalu di tanah kubur jumpa puntianak..ermm seram pagi pagi nie..... EEEEEEEE...semuanya kengerian tersebut aku dapat rakam dalam i pad aku ini(dalam mimpi la kalau betul betul aku dah masukkan dalam youtube)...

Ok la cukup lah sampai sini mungkin aku tidur tak basuh kaki agaknya....banyak lagi aktiviti aku pada pagi ini....

14/8/2013
4:49 PG

Isnin, 12 Ogos 2013

sYaWAl kE-5

             bAgI orANg meLayu Rasa perkara-perkara yang luar biasa ini bukan pelik bagi mereka.tapi kekadang tu saja-saja je buat-buat pelik(istilah mudah mengada-ngada) walhal hari hari mereka berhadapan dengan benda benda pelik.taknak lah bagi contoh korang contoh kan lah sendiri turUT berLaku dAlam keHiduPan KORang....(kelainan sikit xde contoh (walhal malas)).lebih-lebih lagi isu GHAIB nie.. ermm lagi lah dalam sejarah melayu ini sendiri macam macam kasus GHaiB...
            
           Didaerah ku sendiri terkenal dengan ulama yang terkenal siapa yang tidak kenal dengan mat kilau (ulama???bukan pahlawan ker..) ermm sebenarnya aku tertarik dengan post yang aku lihat di wall facebook ku pagi tadii cerita tentang ke ghaiban ibunya..ermmm ada lah gambar yang beliau bersama keluarga(ada yang xde sebanarya) di satu sudut ada ruangan kosong tapi kelihatan ada orang yang tak  dapat dilihat tapi nampak sebenarnya...kebetulan waktu itu aku berada di rumah ibu angkat ku.Dia boleh la lihat sikit-sikit aper yang tidak boleh di lihat dengan mata kasar. dan dia mengesahkan yang ibu saudara ku itu berada di ruangan yang kosong.. ermmm nampak kan benda ini benar berlaku.dan kerohaian yang 1 dari tempat yang jauh masih mendapat maklumat yang sama....

Ahad, 11 Ogos 2013

PANAS PANAS

wah apa yang panas.ni bukan cerita kiah propa..hehehe ni nak cerita Tentang sedikit pengalaman kerohanian ibu m semasa buat umrah.ermm dah dapat la penjelasan dengan siapa dia bertemu di sana yang pertama kalau tidak silap dia mendapat tasbih di mekah di beri oleh seorang perempuan.yang terbaru dapat perempuan tersebuat ialah anak Rasulullah SAW.siapa ermmm korang pasti lebih arif.



yang kedua nya pengalaman berjumpa perempuan peluk dia menangis... siapa agak-agak korang...halimatun saadiah..ermm macam mana aku tahu semua ni...aaaa berapa banyak tanya da.... hehehe ibu m la bg tau...kaTe NYe dia Datang tUliSAn... kaLAu maCAm tu TAu la aKU dIA dapAt melalUi siapa LaGi sahBAt karibnya La.....


Sabtu, 10 Ogos 2013

Catatan kerohaian(DATO' Nik'Mah)


   hari ini mak "m2-a" aku cerita tentang ibu angkatnya dato nikmah..mungkin ada yang mengenali insan tersebut.nak mintak la siapa yang mengenali beliau boleh infokan tentang beliau.
tapi apa pun pertama-tama al fatihah buat arwah.sejarah yang di ceritakan oleh ibu "m" aku ini memang menarik lah.sejarah kelahiran ibu m aku ini bermula tika emak beliau ingin melahirkan beliau..(beliau la pulak) yang mana tak mau keluar dari dalam perut hehehhe...namun atas ilham yang di perolehi oleh dato ini untuk menyambut ibu m ini keluar perlu di alas dengan kain kuning..hemmm korang sendiri faham (jangan lupa ceritakan apa yang korang faham sebab aku tak faham) baru lahir ibu m ini keluar dari peranakannya(betul ke tak ayat ni tak tahu lah mzb)

   dari hari di lahir kan hingga lah 3 bulan sesudahnya ibu m aku ini tidak mahu tidur dan tidak mahu berhenti dari menangis..(lagi teruk dari ahmad al-bab da....) macam dalam filem P.ramlee kan
jujur nya banyak dalam cerita P.ramlee ada kaitan dengan hidup ku....(tak logik....perasan je).
dah melalut dah.sambung tentang ibu m, perkabaran tentang ibu m ini menagis tampa henti sampai lah ketelingan dato ini tadi sekali lagi dato nikmah ini mendapat ilham yang mengambil ibu m menjadi anak nya.baru lah ibu m berhenti dari menangis. diaolognya lebih kurang begini "me me lahir  anak mu tapi sebena nyo anok ni anok aku".

   jadi di pesan oleh dato nikmah ini kepada datuk ibu m yang bila saja ibu m pandai "bercakap" perlu di bawa kepadanya. atau andai dia sudah mati di bawa ke makam nya namun hingga ke hari ini sesudah lima puluh tahun belumlagi beliau sempat meziarah ke makam tersebut. rezeki ku lah ibu m ingin kesana bila ada rezeki dan aku sebagai "driver" pun jadi lah.cuma makam nya belum di ketahui  dimana.(boleh korang tunjuk). maksud pandai "bercakap" boleh di tafsirkan dengan.......................... (korang mesti faham) orang yang punya ilmu ilham mesti dah mengetahuinya(agaknya lah)

   banyak ramalan yang di khabarkan untuk ibu m antaranya 
1.susah hingga umur 50
2.kalau ibu datuknnya sempat hidup di umurnya 50 akan tahu siapa dia sebenarnya...

   dan banyak lagi...ermmm...hari pengkebumian dato m di datangi oleh ramai orang sampai jeam la tumpat.yang hadir juga dia antaranya kerabata kelantan kerana dato ini sangat rapat dengan kerabat. secara kasyafnya yang turut hadir ialah puteri sa'adun(betul ke ejaan ni) ada yang nampak namapk lah yang tak nampak bau wangi selama 40hari katanya sebentar tadi sambil berbual dengan cik alus(memamg segala segi halus).aku perasan semasa perbualan aku tahu ke2nya hadir.aku sedar yang cik halus nampak.dari lirik mata dan senyumnya aku tahu..nasib lah tadi ada orang laen kalau tidak dah ada meeting roh tadi(parlimen roh tak layak aku ni).

TIDAK BERTAJUK

        Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka”
     kerohanian bunyinyer pun dan menakutkan apatah lagi bila kita terjerumus ke dalam nya tapi inilah pakaian para ahli sufi.jadi menempuhnya adalah salah satu jalan melihat kebesaran tuhan.bersama sama dengan orang yang mempunyai kerohanian kadang kadang menakutkan tapi banyak yang menyeronokkan kerana didalam nya banyak didikan.

lebih lebih lagi bersama orang orang roh abuya.memang pelik kerana mereka ini tidak serupa dengan yang selama ini kita di beritahu atau di ceritakan di telinga kita.abuya latih mereka dengan teknologi roh dan lahir.teknologi lahir "menutup" kerohanian mereka bagi orang biasa sehingga mereka ini nampak biasa.tapi lain pula bagi orang orang kerohanian mereka akan nampak yang orang orang roh abuya ini hebat.bayangkan mereka ini banyak di tengah masyarakat namun tidak ramai yang perasan akan kehadiran mereka ini.

walaupun dimana mereka berada, pergerakan mereka ini seragam tidak kira di pahang kelantan johor atau kedah  mereka akan buat sesuatu yang sama.ialah mana tidak nya semua dari satu sumber yang sama..bagi yang sedang melaluinya atau baru ingin menempuhnya kesabaran ketahanan di perlu kan.mane tidaknya nafsu kita tidak terdidik dari kita lahir hingga lah sekarang jadi ingin mendidik nafsu dengan jalan ini itu semua sangat di perlukan.makin lama akan makin kita faham dan makin tabah kita menempuhnya. yang serenok ialah kita nampak maha agung dan hebat nya tuhan,makin kita takut dan rasa hamba dengan nya. makin kita kenal orang orang tuhan dan kita faham akan percaturan dan peranan nya.yang paling hebat kita rasa nabi hidup dan bersama dengan kita.tahulah kita yang nabi itu sangat sayang kan umatnya.selama ini kita di beritakan dan di momok-momokkan dengan kewafatan nabi kita.kita kehilangan cahayanya.
 
terima kasih wahai nabi 
baiknya allah memberikan ku 
seorang nabi,

sedikit kupasan hehehe yang aku sendiri sebenarnya tidak memahami nya..masih belum sempat nak meng"update" blog ku ini...(update status FB ada masa pula hehehe)
  

Khamis, 8 Ogos 2013

part 1

Salam lebaran aidilfitri..
      
        Berlalu sudah sebulan bulan Pesta ibadah yang kita semua sepatutnya raikan. Tahun hadap belum tentu kita dapat bertemu kembali dengan keindahan Ramadhan.pilu dan sedih bila mengenangkan kegagalan meraikan ramadhan seperti yang TRSA kehendaki.ermmm dalam pada itu sempat juga membuat persiapan raya yang mudah mudahan dapatlah sama seperti yang di "beritakan". Menumpang berkat pun jadi lah.Yela hidup ini sunyi dan kelam tanpa berkat.sehari hari kita mengharapkan berkat disekeliling kita.berkat yang paling kita harapkan ialah berkat Rasulullah S.AW.Dan masa ini untuk mendapat berkat baginda kita mesti melalui SAB.Pangjang pulak bab berkat nanti insyallah kita kupaskan didalam lain coretan.

       Emmmmm berkenaan dengan tajuk kita(hehe dah lupa dah tentang tajuk utama) gold....Apa yang di maksudkan dengan gold? ala semua pun tahu emas...bukan itu yang nak kita bincangkan..kita nak cerita tentang baju raya lah..baju raya tahun ini berwarna kelabu dan gold.nak bincangkan ini tentang warna gold.sebab warna gold tahun ini banyak bekaitan dengan raya ku tahun ini.dari mula dari baju sampailah ke wangian.baju melayu tahun ini agak special sedikit jeng jeng kenapa yea. dari kecil sehingga ke "besar" yang berubah baju raya hanya warnanya. tapi buat kali pertama tahun ini aku ini baju melayu yang bercorak.. 
IKLAN(tetiba ada bau wangi sambil aku menulis blog ini)
                                                                 cantik kan

       Bayangkan baju raya ini aku cari sampai ke kedai pengantin..(bukan nak kawin lain) itu yang menghairan kan aku sebenarnya. Ada apa dengan warna ini sehingga baju pun secantik ini. kenapa dengan tahun ini???adakah emas ini  tanda "kemenangan yang sebenar" adakah masanya sudah hampir tiba.
Ikhlan bau tadi datang lagi (rupa rupanya wangian air wick ceh!!!)

      Hari pertama selepas sebulan berpuasa penatnya makan..selepas tengah hari tertidur bersama puteri nur khaulah al azwa.di kejutkan oleh orang rumah ku kerana kehadiran pak cik dan makcik.............................

Selasa, 6 Ogos 2013

PENJELASAN

                         
TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.

      sangatlah banyak perkara yang menarik hari ini alhamdulillah mengecas jiwa datang dari temerloh desa tercinta dan paling bermakna dari saudara yang berada di johor..ermm indahnya dapat pemahaman yang lengkap tentang belbagai perkara terutama tentang bagaimana nak menghadapi"orang-orang kerohania"ermm bukan semudah untuk menghadapi orang biasa.tenang hati dan jiwa setelah mendengar penjelasan tepadat dan ringkas...

Banyak persoalan yang terjawab tanpa di tanya itu lah hebatnya ilmu abuya..hehehe bila belajar nya abuya ia biasanya tidak dapat dalam kelas seperti kita belajar di institusi pendidikan negara sekarang.ia nya lebih kepada institusi kehidupan.jawpan banyak kita dapat melalui kehidupan.hebat tak abuya melatih anak-anak nya agar ilmu itu lebih praktikal dan dapat di aplikasi kan dalam kehidupan agar gaya hidup islam itu diamal kan sepenuhnya(keindah islam)

Mana ada hari ini kita rasa keindahan islam itu sendiri hatta kita sekarang berada didalam negara islam yang diwarwa kan...melaikan kan kita berada dalam negara dalam negara yang di cipta oleh abuya.nampak yang islam itu indah lagi mengindahkan.

Tika berhadapan dengan masalah yang melibatkan kerohanian aku lebih suka untuk merujuk kepada saudara "johor"ku ini kerna bagi ku dia tempat rujuk yang abuya hadiah kan kepada "orang-orang" seperti kami.
ulasan dan penjelasan yang tepat.sesuatu yang buat aku kagum dan sangat rasa yang jawapan itu sendiri di pandu dari abuya belum sempat soalan itu di tanyakan jawapan sudah pun di berikan dahulu..hehehe sama seperti yang di ceritakan oleh orang orang yang pernah bertemu 4 mata dengan abuya.

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

Sedikit ilmu yang di hidang kan di meja bulat hari ini ialah berkaitan dengan kasyaf mata.ramai yang tahu tentang kasyaf mata.sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.ermm baru aku tahu yang tidak semua yang kasyaf ini dapat melihat segalanya.sebai contoh ala ghaib ini juga mempunyai banyak lapisan mungkin ada yang dapat lihat 2,3 atau 4 lapisan ada juga yang dapat melihat hanya sekadar 1lapisan.

Jangan lah sangka yang kita nampak apa yang tidak dilihat oleh orang lain dan cukup menafikan apa yang orang lain lihat...belum tentu kita benar.Sebagai penguasa di zaman ini mujaddid atau sohibul zaman  boleh menyekat pandang kasyaf seseorang itu...patut lah banyak orang kerohanian itu tertipu dengan pandangan lebih lebih lagi yang tidak mendapat pimpinan mursyid.ianya bukan lah satu nikmat ia adalah satu ujian bagi yang benar-benar faham.Bila kita mendapat sesuatu jadi bertanggungjawab lah kita keatas ia. tanggungjawab itu seuatu yang berat.nak ini lah ujian.kasyaf ini juga suatu anugerah.yang kita faham tentang anugerah ini ialah ianya boleh di tarik balik pada bila bila masa.sebagai contoh bila kita dianugerah kan pingat dato' dan sebagainya andai di salah guna ianya bisa di arik kembali..nah itu dia begitu juga lah dengan anugerah kasyaf.
itu lah ringkasan untuk hari ini...wasalam....
mzb
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 
MOGA BERJUMPA LAGI DI RAMADHAN TAHUN HADAPAN
AMIN DENGAN BERKAT RSA

Sabtu, 3 Ogos 2013

MENGECAS BATERI JIWA

Assalamualaikum...
Lama tak menaip kekok,konon-kononnya bzzzzzzzzz memanjang....
Bateri jiwa pun lupa nak di cas...
Heeehehe jiwa pun kena cas ker??? Hehe dula ada power bank yang di bawa ke sini bekerja sekali sekarang bila kesorang jiwa tidak di cas... الحمد الله la semalam selamat sampai ke destinasi temerloh kampung halaman ku.. Tempat tinggal pengecas bateri jiwa ku (Sahabat-sahabat sumber kekuatan). Sempat la berbuka dan sekali...hehe nie yang nak cerita nie... Banyak perkara yang di bualkan..menarik menarik!!

Sambil bantu dia orang menyiapkan rumah sebelum raya sempat la berbual bual tentang pejuangan abuya. Semalam mereka dapat kunjungan seorang syeikh a.r hehehe.. Sedih dengar cerita tentang kehidmupan syeikh tu sekarang..tapi jiwa nya dengan pejuangan sangat la hebat.bukan setakat dia keluarga nya juga hebat.begitu yakin dengan janji Allah...
Ya Allah jadikan hati kami seperti yang TRSA kehendaki(ayat yang di ajarkan oleh sahabat kami di johor,kami amalkan sentiasa)

ermm sebut pasal TRSA yang sebelum ini hanya RSA..kami dah di beri kuliah tentang TRSA ini 2 tahun lepas..sekarang baru lihat ianya di guna pakai..banyak perisatiwa yang di beritahu 2 tahun lepas baru muncul sejak akhir-akhir ini.ermm dulu jujur pada peringkat awal pembabitan ada sedikit keraguaantapi abuya bagi 1demi 1 keyakinan dan keajaiban untuk kami yakin..malu sangat dengan abuya yela mane tidak hati masih degil dan masih tebal dengan mazmumah..masih kuat akal ni.dan masih belum mampu untuk jadi seperti yang abuya harapakan...malu nya masih di beri peluang. maafkan kami anak mu abuya sentiasa derhaka dengan abuya dala sedar dan tidak sedar. Tolong doakan kami abuya siapalah kami tanpa abuya.semua nya hak abuya.kami serah kan jiwa raga agar terdidik nafsu liar kami..

sebelum tu haha nak cerita la sikit hehehe mula-mula hajat hati nak berbuka nasi arab(cemburu tengok fitri ala jejak rasul makan nasi bkhari) sampai je kedai nasi arab tiada meja kosong dah la datang lewat..melilau lah cari kedai nasi ara yang lain.kita hanya merancang tuhan yang tentukan segalanya akhirnya kami berbuka steamboat hmmm best-best makan tak kenyang-kenyang pelik bisanya sikit je makan dan kenyang huh apa lagi berkali kali lah tambah.habis je makan solat jamak takhir di masjid Temerloh yang baru siap di ubahsuai..ape yang di ubah tak tahulah semua nyae kelihatan sama..Temerloh la satu-satunya dalam Daerah negeri pahang yang masjidnya hanya satu Daerah lain semua ada masjid baru..pelik pelik... selesai je solat apa lagi sambung kerja lah bantu amar(nama sebenar) siapkan rumah..ayahnya pun tolong sampai kul2 juga nak siapkan ..arrgggg ngantuk..tapi sempat lagi g sahur kat KFC makan bubur...di sana macam-macam lah cerita dan kualiah yang lama-lama keluar..untuk keyakinan..ermm sempat lah amar doa dalam tu agar di pertemukan dengan Ramadhan tahun hadapan..mudah-mudahan yang lain amin kan dalam hati hehehe....kul5 pagi di kejutkan lagi sahur sempat lah jenguk jenguk blog sahabat dari johor yang menjangkakan malam tadi dalah malam lailatulqadar...argggkk amar sorang je yang doa....ruginya....

aper pun jiwa dah di caskan cukup untuk beri kekuatan 2,3 hari ini mungkin insyallah jumpa lagi..
idea pun dah kering jumpa lagi..lain kami...insyallah... mzb.....