Khamis, 12 Jun 2014

khayalan menakutkan

assalamualaikum... huh penat seharian semalam mengembara ke negeri kelantan dari sana terus ke terengganu dari terengganu ke kelantan semula..huhu pening cerita nya macam mana nak faham pandai pandai korang la..sambil memandu aku berkhyal(agaknya lah) tetiba pandangan aku hilang dan perasan aku duduk di meja petak yang adanya 6 orang raja raja tapi susuk tubuh mereka tak ku kenali yang pasti mereka bukan raja yang ada sekarang.aku duduk di sisi sekali menghadap semua sebagai pengerusi la lebih kurang..cye wah..kononnya berangan aku pun tak tahu siapa aku ketika ini sambil sambil berkhayal aku seperti biasatakut dan terus tersedar dari khayalan ku..

Isnin, 9 Jun 2014

rasa nak menaip

assalamualaikum buat semua yang mungkin sedang membaca atau terbaca atau terjumpa blog ni terus baca secara tidak sengaja pun boleh juga.. dah lama tak mengupdate blog usang ini ehhmm hari ini terdetik nak try keybord asus ni power ke tak bila aku menaip maklum lah dah bertahun tak menaip pakai pc ni... sesekali rasa seronok juga pakai pc ni. skill menaip tu masih ada setelah lebih tiga tahun kalai tak silap dah tak guna pc.orang datang tunjuk laptop baru suruh tolong tolong tengokkan sekali pegang tak sama langsung macam duu lagi pening kepala pakcik yang dah tua ni..huhu tapi sofar ok la yang pck beli ni window 8 tapi dealer tu dah masukkan ala ala window7 tak la serabut sangat pakcik nak mengkaji seula laptop ni..penat pulak tangan ni nak menaip benda ni. agak sibuk semenjak dua menjak ni dengan pelbagai program mudah mudah ada isi dalam perjalanan..hehe semalam berlawak la dengan sam kalau lah negara kita ni berperang dah tau kemana nak pergi macam macam gua dah lawat banyak tempat selamat nak pergi itu pun kalau orang tak booking la kan.haha awal awal dah plan nak lari pengecut betul.macam mana lah agak agaknya orang yang oertahan kan negara berbayar..kita ni yang tak berbayar patut lah lari.macam mana plak dengan orang orang yang gengster teramat sangat mungkinkah mereka juga lari entah lah aku pun tak tahu.hhahaha kalau dah peluru terbang sana sini tak logik la kalau tak lari. huhuhuhu hari ni memang takde yang menarik mungkin nak di kongsikan dengan semua insyallah esok pagi akau dan ibu m akan berangkat ke kelanta untuk uruskan urusan tanah ke ape benda lagi tah aku ikut je"drebor" kata orang sini....hahaha esok ada la kesempatan aku nak usha usha kuda kuda yang ada di kelantan hajat hati nak beli yapi tidak mampu lagi buat masa ini.tapi aku memang tekat nak beli juga barang sekor dua.dapat lah agaknya

Jumaat, 23 Mei 2014

Permit dunia lain

Salam 
Dan dua tiga hari ni Tak punya kesempatan nak mengupdate benda benda baru kalau nak di ikutkan memang banyak benda yang nak di kongsikan namun tak punya kesempatan tambah tambah lagi dalam keadaan diri agak tidak stabil dari segi lahir dan batin.nak di jadikan cerita hari ini macam macam rezeki masuk syukur kehadrat ilahi termasuk la iphone yang dah lama rosak hari ini dapat digunakan kembali.kebetulan nak keluar bayar gaji orang kerja jalan jeam pulak boring boring amik keputusan nak menulis.

Hu dah jauh melalut ni kata orang pahang.kembali pada tajuk asal.ini cerita berkenaan ibu m. Begini ibu m ni memang rajin mencari kawasan yang bijih besi ni(komesian pun boleh tahan siapa tak mahu).dapat satu kawasan ni masalah utama dan hairan dan pelik ialah bila kami pergi tinjau atau lawatan tapak tu untuk dapatkan sample bijih besinya ada tapi bila tokey datang bijih besinya tiada..

Nak jadi cerita ibu m tanya pada owner tanah ada ke apa apa yang berlaku dulu atau apa apa tentang tanah beliau(owner ni minat juga benda benda kerohanian ni). Bila di tanya baru lah owner tu ingat yang pernah dulu waktu dia sedang berzikir datang pada nya ibu emas menyerupai orang dan memberi tahu yang jika ada apa apa yang melibatkan tanah tersebut panggil lah beliau. Mendengar akan itu ibu m mintak owner tu panggil semula ibu emas tu dan tany apa hendaknya.hasil dari pebincangan dia minta buat solat hajat dan pulut kuning.ikutkan mak mintak owner je yang buat tapi ibu emas tu nak ibu m juga yang buat. So hari yang di janjikan ibu m n the geng buat lah tanpa saya.jeng jeng 
Menurut lagi satu sumber penduduk tempatan ada bunian sedang mengorek emas di kawasan tersebut dan masih belum selsai di sebab kan itu mereka tutup kawasan tersebut dari pandangan mata kasar

Ahad, 18 Mei 2014

peribadi

dalam dua tig hari ini jiwa ada sedikit rungsing dek kerna mengenangkan ibunda yang medapat satu berita mengejut dalam hidupnya jua kami sekeluarga.begini kisahnya beberapa minggu nan lepas ibunda mengalami benjolan di bahagian belakang kepala sangkaanya ada bisu tumbuh di kepalanya
yang menghairakan ianya tidak menyakitkan kepala tau tempat  benjolan itu.

nak di jadikan cerita pulang lah hamba bersersama orang rumah dan anaknda hamba ke desa sambil ingin mencari barang barang keperluan untuk orang rumah hamba maklum lah kaum hawa ni memacang(lorat orang di desa hamba) barangnye.huh cadangan nak balik sekejap sahaja tapi di sebabkan keperihatinan menantu terhadap bonda mertuanya di paksanya orang tua itu ke klinik untuk di periksa apa sakit yang sebenar.

sampaij di klinik doktor mengesahkan benjolan itu ialah tumor..huuhu bonda hamba buat selamba jela.walhal kata isteri hamba yang bonda hamba bercampur baur perasaanya.
jeng jeng jeng....krik krik krik

kerosakkan diri

sesuatu yang tak boleh nak di bicara dengn kata kata...
perbuatan lahir nampak buruk di mata orang
nak bantu tapi tidak boleh
yang buruk di buat dengan penuh benci
hati menolak tapi fizikal lahir terus menerus membuat buat dab buat lagi
sakit hati terus sakit hati lagi sakit hati
pedihnyanya hanya tuhan yag tahu
tenggelam dalam dosa dan noda tanpa henti 
terus jatuh kedalam
makin berenang makin di baiki makin teruk jadi
meronta ronta hati nak di selamat kan 
apakah tiaDA KEEMPATAN UNTUK membaiki kesalahan ini
atau aku perlu berada didalamnya untuk dapatkan sesuatu
oh aku pun tak tahu
apakah nasib diri ku ini
makin hari makin aku benci  
membaiki dan terus membaiki 
tapi masih rosak dan terus rosak
bukan aku tidak tahu apa yang rosak cuma aku tidak pandai untuk membaikinya
mengharap mekanik tolong aku baiki..