Jumaat, 23 Mei 2014

Permit dunia lain

Salam 
Dan dua tiga hari ni Tak punya kesempatan nak mengupdate benda benda baru kalau nak di ikutkan memang banyak benda yang nak di kongsikan namun tak punya kesempatan tambah tambah lagi dalam keadaan diri agak tidak stabil dari segi lahir dan batin.nak di jadikan cerita hari ini macam macam rezeki masuk syukur kehadrat ilahi termasuk la iphone yang dah lama rosak hari ini dapat digunakan kembali.kebetulan nak keluar bayar gaji orang kerja jalan jeam pulak boring boring amik keputusan nak menulis.

Hu dah jauh melalut ni kata orang pahang.kembali pada tajuk asal.ini cerita berkenaan ibu m. Begini ibu m ni memang rajin mencari kawasan yang bijih besi ni(komesian pun boleh tahan siapa tak mahu).dapat satu kawasan ni masalah utama dan hairan dan pelik ialah bila kami pergi tinjau atau lawatan tapak tu untuk dapatkan sample bijih besinya ada tapi bila tokey datang bijih besinya tiada..

Nak jadi cerita ibu m tanya pada owner tanah ada ke apa apa yang berlaku dulu atau apa apa tentang tanah beliau(owner ni minat juga benda benda kerohanian ni). Bila di tanya baru lah owner tu ingat yang pernah dulu waktu dia sedang berzikir datang pada nya ibu emas menyerupai orang dan memberi tahu yang jika ada apa apa yang melibatkan tanah tersebut panggil lah beliau. Mendengar akan itu ibu m mintak owner tu panggil semula ibu emas tu dan tany apa hendaknya.hasil dari pebincangan dia minta buat solat hajat dan pulut kuning.ikutkan mak mintak owner je yang buat tapi ibu emas tu nak ibu m juga yang buat. So hari yang di janjikan ibu m n the geng buat lah tanpa saya.jeng jeng 
Menurut lagi satu sumber penduduk tempatan ada bunian sedang mengorek emas di kawasan tersebut dan masih belum selsai di sebab kan itu mereka tutup kawasan tersebut dari pandangan mata kasar

1 ulasan: