Assalamualaikum......
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Terima kasih TRSA kerana mengizinkan aku mengembara mengenal diri seorang diri, hairan juga pelik dengan diri yang serba lemah lagi tidak punya apa apa apabila sejak akhir akhir ini di biarkan sendiri kembara kemana mana. Biasanya kemana mana akan di temani dan tidak di izin kan bersendirian. Kekadang risau serta seram juga dibuatnya bila kita merasai kehadiran sesuatu yang tidak kelihatan dek mata kasar. Alhamdulillah buat masa ini belum di rezekikan untuk melihat sesuatu yang halus. Hebatnya mursyid mengetahui kemampuan anaknya..
Aku ingin mengongsikan sedikit apa yang bermain di fikiran ku ketika dalam perjalanan. Andai ianya suatu kesalahan ampun maaf ku pohon kepada TRSA kerna kelemahan ku mengawal nafsu ku yang menguasai fikir andai ianya boleh di guna pakai AAAP.
Hairan dengan apa apa yang berlaku sejak akhir akhir ini. Maksud ku ialah keadaan semasa yang riuh rendah di perkatakan didada akhbar. Turut membimbangkan YAB "prime minister". Tetapi bagi orang bersama sama dengan PBT dan di bekalkan dengan pakej lengkap AM mereke sudah bersedia dengan peristiwa yang bakal berlaku di akhir zaman ini. Benar lah AM ini wirid yang agung dan juga wirid yang memamg di datangkan khas buat ummat di akhir zaman.
Dari penyakit berjangkit hingga lah ke situasi yang membimbangkan sejak akhir akhir ini. Jika dilihat peristiwa yang berlaku sekarang berada di tahap atau di nombor ke tiga dalam wirid.maksudnya ialah ayat yang sesuai masa ini adalah ayat yang ke tiga. Dan masih ada enam peristiwa yang kan berlaku bersesuaian dengan wirid AM dan BERLAKU LAH SESUATU YANG KITA TUNGGU TUNGGU.
Apakah peristiwa yang bakal berlaku selepas ini??? Yang mungkin kita sedar atau tidak sedar. Apakah yang berkau sebelum ini apakah kita sedar atau tidak sedar??? Marilah kita bersama masa nanti dan amalkan dengan sepenuh hati. Yang pasti semua nya berlaku dengan amat pantas. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian fadhilat AM. Namun yang terbesar dan yang penting sebenarnya wirid ini penghubung kita Dengan mursyid kita yang amat kita sayangi PBT penyelamat akhir zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan